“Saya Mohon Lelaki Itu Hubungi Saya Segera.. Jika Dia Sudah Berkahwin, Saya Sanggup Menyara…

“SAYA mohon lelaki itu hubungi saya segera. Jika dia sudah berkahwin, saya sanggup menyara barangan dapur dan wang bulanan untuk anak isterinya. Saya sudah terhutang nyawa dengan lelaki itu.”

Demikian pengakuan ikhlas pembantu klinik di Jitra, Azliza Othman, 33, selepas status Facebook (FB) menjadi tular untuk menjejaki individu yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat, Isnin lalu.

Azliza berkata, tujuan dia memuat naik status itu bukan untuk mencari cinta tetapi kerana terhutang nyawa dengan lelaki itu yang sanggup berhenti membantunya ketika kereta dipandu terhenti di lorong kanan Jalan Batu 17 berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, Jitra, Kedah, ketika dalam perjalanan ke Perlis, Isnin lalu.

“Kejadian kira-kira 5 petang, jalan dilalui dilanda banjir kilat menyebabkan kereta saya terhenti di lorong kanan dan kemudian melintang di tengah berdekatan selekoh berbahaya.

“Saya ketakutan ketika itu bimbang dilanggar oleh kereta atau lori, dan tiada sesiapa pun membantu saya ketika itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu berkata, dia ternampak seorang lelaki menunggang motosikal sebelum melambai lelaki berkenaan dari dalam kereta.

“Lelaki dianggarkan berusia 40-an itu berpatah balik dan membantu menolak kereta saya ke tepi jalan manakala saya berada dalam kereta untuk mengawal stereng.

“Selepas itu, seorang rakan saya yang melalui kawasan berkenaan datang dan bersembang sebelum lelaki itu hilang secara tiba- tiba, tanpa sempat saya mengucapkan terima kasih atas bantuannya yang sanggup menggadai nyawa meredah jalan raya,” kata nya.

Dia yang juga juru mekap sambilan berkata, dia tahu lelaki berkenaan memerlukan bantuan kewangan melihatkan pakaian dan motosikal ditunggang nya.

“Saya berniat baik untuk membantu lelaki berkenaan sebagai membalas jasa kerana sanggup membantu saya.

“Bayang kan, ketika kejadian tiada seorang pun yang sudi membantu saya, jika lelaki berkenaan tidak membantu kemungkinan saya sudah hilang nyawa akibat di langgar kenderaan lain di lorong kanan” kata nya.

Azliza berkata, ramai netizen yang salah faham maksud statusnya kononnya untuk mencari lelaki berkenaan untuk ‘menggatal’ sedangkan niat nya hanya untuk membalas jasa.

“Ramai yang menghantar mesej kepada saya mengaku sebagai lelaki itu, namun saya dapat kenal pasti muka lelaki yang membantu saya dan tolong jangan menyamar.

“Apa dikesal kan, saya tidak sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal lelaki itu untuk memudahkan pencarian dan berharap usaha menjejaki lelaki ini di permudahkan Allah SWT,” kata nya.

Sebelum ini, tular di FB status Azliza yang merayu lelaki berkenaan menghubungi nya segera sehingga tidak lena tidur terfikir mengenai kebaikan lelaki itu.

Sumber : harianmetro via mdia terkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*