[VIDEO]Doktor Gigi Ini Rakam Aksi DIY Beliau Mencabut Gigi Bongsunya Di Hadapan Cermin

Sebuah rakaman video menunjukkan seorang doktor merakamkan diri beliau yang sedang mencabut gigi bongsunya telah menjadi tular. Hal ini kerana dia telah melakukan pembedahan itu ke atas dirinya. Beliau merakamkan video itu hanya sebagai hiburan.

Terlalu terdesak untuk mencabut gigi bongsunya akibat ketidakselesaan, Dr. Rustam Yakhyaev dari Surgut, Russia, telah mengambil keputusan untuk mencabutnya sendiri. Doktor yang berusia 24 tahun itu telah menyuntik dirinya dengan ubat tahan sakit sebelum memulakan pembedahan.

Sememangnya proses mencabut gigi adalah bukan suatu yang mudah. Beliau mengambil masa selama beberapa minit untuk mengoyangkan gigi itu, dari kiri ke kanan, dan atas ke bawah. Akhirnya gigi tersebut tercabut.

Mulut Dr. Yakhyaev dipenuhi dengan darah disebabkan oleh gusi yang cedera. Tetapi video tersebut tidak berhenti begitu sahaja. Beliau telah menjahit kesan luka itu.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Dr. Yakhyaev, yang bekerja di sebuah klinik swasta berkata kenapa beliau berbuat demikian.

“Ianya merupakan sebuah klinik yang baru dan saya selalu bekerja sana tanpa sebarang pembantu. Sebab itu saya sedang berada keseorangan ketika melakukan pembedahan gigi itu

Beliau menambah:

Saya cuba mengeluarkan gigi bongsu itu sebab ianya membuatkan saya tidak selesa. Saya telah melakukan x-ray padanya dan menunjukkan gigi tersebut berlanggar dengan gigi yang lain sehingga menyebabkan ianya perlu dibuang

Dan akhirnya gigi bongsu itu terkeluar.

Doktor muda itu mengatakan beliau melakukan pembedahan itu selepas mengadakan beberapa ujian. Sebagai contoh, beliau mengkaji bagaimana kedudukan gigi bongsu yang sedang berlanggar dengan gigi yang lain, bagaimana cara yang terbaik untuk mengeluarkan gigi tersebut.

Beliau juga menjahit kesan luka tersebut.

Beliau mengatakan prosedur itu tidak susah. Ianya berjalan dengan lancar memandangkan ubat tahan sakit juga membantu.

Dr. Yakhyaev yang merupakan seorang pelajar dari Urai State Medical University di Yekaterinburg. Beliau telah kembali ke tempat tinggal asalnya, di Surgut Central Russian untuk bekerja.

Apakah pendapat anda tentang video ini? Pernahkah anda mencabut gigi anda? Sila kongsikan pengalaman anda!

 

Sumber: Taikotai.tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*