[FOTO]Walaupun Mempunyai Ramai Anak, 6 Selebriti Ini Memiliki ‘Body Goals’ Idaman Setiap Wanita

Menjadi seorang selebriti sudah semestinya perlu menjaga penampilan yang menarik. Walaupun telah berbadan dua atau memiliki anak yang ramai, mereka berusaha keras untuk mendapatkan kembali bentuk tubuh yang langsing.

Jom kita lihat 6 selebriti yang membuktikan walaupun telah memilik anak lebih dari satu orang, mereka tetap memiliki tubuh yang langsing dan sihat.

#1. Dian Sastrowardoyo

Pelakon yang terkenal dengan filem Ada Apa Dengan Cinta ini masih kelihatan langsing dan menawan walaupun telah mempunyai dua orang anak. Dia juga gemar bersukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

#2. Nia Ramadhani

Siapa yang tidak mengenali pelakon drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih ini? Walaupun telah mempunyai tiga orang anak, penampilannya masih kelihatan seperti anak dara. Ini kerana Nia menjaga pemakanan seharian untuk kekal sihat dan awet muda.

#3. Siti Sarah

Penampilan kecil moleknya masih sama seperti kemunculan dia sebagai penyanyi sejak 16 tahun lalu. Walaupun sibuk menguruskan tiga orang anaknya, dia tidak lupa untuk mengamalkan diet yang seimbang.

#4. Fasha Sandha

Menjangkau usia 34 tahun tidak menghalang pelakon ini untuk terus kelihatan ramping dan cantik. Walaupun sibuk dengan jadual lakonan yang padat, ibu kepada dua orang anak itu masih nampak seperti remaja 20-an.

#5. Sophia Latjuba

Meskipun telah memasuki usia 47 tahun, namun sekiranya anda melihat gambar-gambar ibu kepada dua orang anak itu pasti terpegun kerana mungkin selalu memakai pakaian simple yang membuat dirinya nampak awet muda.

#6.  Jennifer Bachdim

Selalu dikatakan body goals oleh peminat-peminatnya kerana walaupun telah mempunyai dua orang anak, tubuhnya tetap selalu langsing dan seksi. Dia juga selalu mengajak suaminya bersukan agar kekal cergas dan bertenaga.

Sumber: Taikotai.tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*