Pertahan Maruah, Remaja Maut Dirogol Ulang Kali Dan Muka Hancur Dihentam.. Kejam!

SEORANG remaja berusia 16 tahun ditemui maut keadaan yang amat mengerikan dipercayai dirogol berulang kali sebelum dibunuh dengan kejam.

Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Anggi Syahputri ditemui oleh ibunya di bilik mandi rumah mereka sekitar jam 7 petang, pada Jumaat.

Memetik sumber, difahamkan mayat remaja itu ditemui dalam keadaan tangan serta mulut yang diikat dan perutnya pula penuh dengan kesan luka tikaman.

Lebih memilukan apabila muka mangsa juga dilaporkan hancur dipercayai akibat dipukul dengan benda tumpul seperti batu.

Sumber berkata lagi, Anggi juga dipercayai turut dirogol sebelum dilemaskan dalam baldi yang berisi air sehingga mangsa meninggal dunia.

Sementara itu, sumber polis berkata, tidak menolak kemungkinan pembunuhan ini dilakukan oleh orang terdekat.

Tambahnya lagi, hasil siasatan awal pihak polis mendapati terdapat kesan pergelutan di kawasan kejadian.

Ekoran itu, pihak mereka tidak menolak kemungkinan besar mangsa bertindak melawan suspek ketika dipaksa melakukan hubungan intim.

Pun begitu, misteri pembunuhan gadis ini seolah-olah hampir terjawab apabila salah seorang saksi yang tidak didedahkan identiti memaklumkan bahawa terdapat dua orang lelaki berkunjung ke lokasi kejadian sebelum mayat Anggi ditemui.

Susulan perkara itu, polis kini sedang giat memburu suspek termasuk teman lelaki Anggi yang dilaporkan hilang selepas beberapa kejadian itu berlaku. – MYNEWSHUB.CC/AM

Ajal Pertahan Maruah! Muka HANCUR dihentam… Kejam!

Ajal Pertahan Maruah!! Seorang Pelajar remaja wanita di temukan maut mengerikan dipercayai dirogol berulang kali sebelum dibunuh dengan kejam.

Mayat pertamakali ditemukan oleh ibunya di bilik mandi rumah mereka jalan satria medan pada jumaat semalam kira-kira jam 19.00.

Ketika ditemukan,tangan dan mulut mangsa yang dikenali sebagai Anggi Syahputri 16 di ikat,perutnya juga penuh dengan luka tikaman.

Lebih memilukan apabila wajah remaja perempuan itu hancur dipercayai di hentam menggunakan benda tumpul seperti batu.

Mangsa juga dipercayai turut dirogol sebelum di lemaskan dalam baldi berisi air hingga meninggal dunia.

Reskrim Polsek Percut Seituan, Iptu Philip Antonio yang menyiasat kes berkata,pihak mereka mempercayai pembunuhan Anggi dilakukan oleh orang terdekat.

“Mangsa dibunuh ketika tidak ada orang dirumah,pihak kami percayai suspek adalah orang dekat”katanya ketika dihubungi pagi ini.

“Dari hasil siasatan awal kami,mendapati adanya tanda-tanda bekas perlawanan mangsa di lokasi kejadian.kemungkinan besar mangsa melawan ketika dipaksa melakukan hubungan intim”tambahnya

Bagaimanapun misteri pembunuhan gadis malang itu mulai menemui titik terang apabila salah seorang saksi melihat dua lelaki datang berkunjung kerumah itu sebelum mayat di temukan.

“Tadi ada dua orang lelaki datang kerumah itu,entah itu kawan atau kekasihnya,kami tak tahu”kata saksi.

Sejak daripada itu siasatan pihak polis mulai mengembang ke arah kekasih mangsa yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Sumber: manggahijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*