“Dia Pasti Buat ‘Projek’ Dengan Setiap Perempuan Yang Keluar Bersamanya..” – Luahan Isteri

“Dia Pasti Buat ‘Projek’ Dengan Setiap Perempuan Yang Keluar Bersamanya..” – Luahan Isteri | Assalamualaikum…min sila hide profile sy…Usia perkahwinan aku nk msk 3thn dan mempunyai seorg ank lelaki brusia 1thn8bln dan sekarang aku mengandung ank ke2 dlm 4bulan..

Suami aku curang..di awl prkahwinan lg dia sudah curang tp aku xambil peduli sbb dy jji akn berubah..ms aku mengandung ank per1 dy selalu keluar dgn perempuan lain setiap mlm..

kwn2 aku trnmpk diorg selalu keluar dan memberitahu aku..aku brtanya kpd suami aku tp dia xmengaku..sampai aku melahirkan ank per1 kami..alhamdulillah nampak dia berubah..solat hajat n sentiasa berdoa semoga aku mudah beranak n dia msk LB..

“Dia Pasti Buat ‘Projek’ Dengan Setiap Perempuan Yang Keluar Bersamanya..” – Luahan Isteri

2bln selepas tu suami aku ada mslh tmpt kerja dan dia berhenti bekerja,dan memberitahu fmly dia nk sambung belajar..family dia ok je..

Hr raya ke3 kami naik kl nk beraya umh atok suami..disebabkn suami tidak bekerja kami berada di kl lama..dan sy meminta suami mencari kerja di kl..suami mencari kerja disini alhamdulillah dapat walau gaji biasa..

Kami selalu gaduh,suami hari2 kua tgh mlm tgglkn kami umh atoknya..time gaduh suami akn minta aq balik kg umh mak aku..aku ikuti shja.

.bila balik kg mesti sebulan,alasan suami bila gaji baru ambil aku kt kg..sebulan di kg sebulan di kl sampailah skrg,aku percayakn suami aku..

bila aku dtg kl ada perempuan call suami aku,msg suami aku..aku tnya siapa dia ckp xtau..pdhal kekasih dia..setiap bulan n aku berada di kg mmg dia selalu keluar dgn perempuan..

bkn sorg perempuan tp ramai,,aku tau dia curang dan selalu tipu aku…aku sabar pikir ank,aku brharap dia berubah tp x..bkn setakat selalu kua tp siap trlanjur dgn perempuan2 yg dia keluar..

.ya allah sedih hati aku..aku tanya dia,,xnak mengaku walau bukti depan mata..yg trbaru aku buat whatsapweb scan hp suami aku,aku tahu dy text dgn siapa dan trlanjur dgn siapa.

.setiap mlm hbs kerja pukul 11 dy xkn balik rumah dy akan keluar dgn kekasih dy balik umh kkadang 5 6 7 8pagi..aku xblh tdo..hr2 aku tggu suami,aku call dia xagkt..

smlm dia keluar dgn kekasih lain semua kenalan dia kebanyakkan dr wechat, aku sempat screenshort semua text suami aku utk bukti,dia tdo brsama perempuan yg baru kenal dekat umh kwn dia..

aku sedih sgt.aku diamkn diri dulu..aku tggu sampai dia balik hr ni dia balik 8pagi..ttba ambil hp aku n check semua,,dia delete semua bukti2 whtssapweb n block kwn aku tmpt mengadu.

.aku nk bercerai tp skrg tgh mengadung,,nafkah dy selalu bagi setiap bulan n setiap kali dia cuti akn bw kami keluar cuma hari2ms hbs kerja dia keluar dgn kekasih dan kawan2 balik lewat pagi

mmg xde masa dgn isteri dan ank..dia buat kami xwujud..kalau aku text dy kkdang balas kkdang bluetick je,,Aku nk minta pndangan n nasihat makcik bawang apa aku perlu buat?aku sedih sgt2..hari2 menangis..aku xkuat..KRT

APA PATUT LAKUKAN JIKA SUAMI ANDA CURANG? LAKUKAN 6 PERKARA INI

jila Suami Curang. Nauzubillah min zalik. Minta dijauhkan Allah sama sekali, walaupun Mamanet tahu para suami di muka bumi ini punya potensi untuk berlaku curang!

Apalah yang akan terjadi pada isteri bila suaminya curang?Tak dapat nak Mamanet bayangkan bagaimana perasaan para isteri yang dikhianati oleh suami tercinta.Pasti rasa sakit itu menembus relung hati yang sangat dalam.

Jika anda berhadapan dengan masalah ini, nasihat Mamanet jangan terburu-buru membuat keputusan.Tak adalah masalah yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Semoga tip Bila Suami Curang ini dapat membantu anda yang sedang bergelut dengan rasa hampa dan kecewa akibat dikhianati suami sendiri.

Bila Suami Curang, Anda Patut Buat…

Cuba Bertenang

Bawa bertenang.Jangan terburu-buru mengamuk ok, sehingga ambil keputusan untuk keluar dari rumah.

Cara terbaik, awasi gerak-geri suami dan cuba cari seberapa banyak informasi yang boleh dipercayai sumbernya. Jika perlu, cari bukti-bukti kukuh seperti WhatsApp, mesej dan sebagainya. Bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

Bersemuka

Kalau dah dapat tahu suami curang, janganlah pula anda diam dan bersikap pasrah sahaja Lagilah sang suami ‘naik lemak’ sebab beranggapan anda tak kisah, seolah-olah anda merestui hubungan tersebut. Jadi,jangan terlalu nak pasrah sangat jika nak rumahtangga anda retak. Segera bersemuka dan nyatakan pendirian anda. Jika dia masih sayang dan hormati anda, dia akan bertolak ansur dan sama-sama cari jalan penyelesaian.

3. Elakkan Berkongsi Rahsia

Biarpun anda terlalu tertekan, tapi pilihlah orang yang tepat untuk anda berkongsi cerita dan kesedihan itu. Bercerita masalah dengan semua orang atau sembarangan akan membuatkan keadaan jadi bertambah buruk. Apatah lagi bila anda jaja cerita di facebook. Oh, jauhkanlah. Bayangkan bila anda berbaik semula dengan suami, pasti ada mulut-mulut yang masih menjaja cerita anda. Bukankah memalukan? Kawan baik pun belum tentu boleh dipercayai. Jadi, baik anda tutup mulut. Tutup mulut ertinya anda tutup aib suami dan aib anda sendiri.

Gunakan Kuasa Bukti

Lelaki biasanya ego. Susah nak mengaku bila buat silap. Maka bukti amat penting untuk menguatkan hujah anda. Setelah mendapat semua bukti yang sahih tentang kecurangan suami, tunjukkan padanya. Berbincanglah dengan tenang, dari hati ke hati. Minta suami berikan penjelasannya yang jujur dan tanyakan apakah langkah seterusnya yang ingin diambil setelah kecurangannya berjaya anda hidu.

Jangan Buat Sesuatu Yang Bodoh!

Bawa bersabar dan beristighfar. Meminta cerai dan sebagainya merupakan tindakan merugikan anda. Anak-anak anda masih memerlukan perhatian dan kasih sayang anda dan suami.

Jika boleh, cubalah untuk mempertahankan perkahwinan anda. Anda juga perlu mengkaji diri apa kekurangan anda selama ini dan perbaikinya. Bertahan, dan teruslah berusaha memperbaiki kembali hubungan tersebut jika suami masih ingin bersama dengan anda serta berjanji tidak akan mengulangi kecurangannya lagi.

Tetap Tabah Dan Percaya Pada Ketentuan Ilahi

Inilah lumrah kehidupan. Hidup memang tidak selamanya lurus, bebas tanpa simpang siur. Segala-galanya sudah diatur oleh Yang Maha Esa.

Adakalanya ia berlaku tanpa kita sangka dan percaya, tetapi ia memang sudah dirancang oleh Tuhan. Jalan hidup dalam perkahwinan anda, sudah tercipta begitu.

Segala rasa sakit hati,terluka, hampa yang anda rasakan itu, pasti anda hikmahnya. Dekatkan diri anda kepada-Nya, mintalah petunjuk terbaik daripada-Nya. Tidak semua orang diuji kesabaran dengan dugaan yang sebegini rupa, dan anda adalah insan terpilih.

Jika jodoh anda dan suami, hanya setakat di situ ikhlaskan hati anda untuk menerima ujian ini dan Allah pasti akan memberikan anda yang terbaik di hari akan datang.

 

Sumber: mamanet.com/helangmerah.com

1 Trackback / Pingback

  1. “Dia Pasti Buat ‘Projek’ Dengan Setiap Perempuan Yang Keluar Bersamanya..” – Luahan Isteri - Awan Kelabu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*